Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Melihat anak-anak semakin membesar merupakan momen yang tak akan dilupakan bagi ibu bapa di luar sana
Seperti momen ketika mula bercakap, mula berjalan dan sebagainya. Momen berharga inilah yang akan dikenang ibu bapa ketika anak-anak sudah dewasa nanti.
Tular baru-baru ini di laman sosial TikTok, apabila seorang kanak-kanak mengusik ayahnya gara-gara ingin memanggil ibunya ‘Lao Po’ telah mencuri perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ayah sampai tersasul masa ajar anak panggil ibu
Menerusi video yang dimuat naik oleh @papa_jiajen, kelihatan dia sedang mengajar anaknya untuk memanggil ibunya ‘mama’.
Tetapi, si anak tetap ingin memanggil ibunya ‘lao po’ dan bukan mama. Gara-gara kepandaian si anak mengusik ayahnya itu, ia membuatkan orang ramai terhibur.
“I call her darling, you call her mama” katanya.
Image via @papa_jiajen (TikTok)
“Macam anak saya. Suruh panggil ayah tapi dia panggil ‘baby’ sebab ikut panggilan kita ke suami” – Warganet
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat anak-beranak itu. Malah, mereka juga turut berkongsi pengalaman yang sama.
Susulan tularnya video tersebut, kini video berkenaan telah meraih sebanyak 1.3M views, 148.7K likes dan 1,050 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Image via @papa_jiajen (TikTok)
Image via @papa_jiajen (TikTok)
Image via @papa_jiajen (TikTok)
Image via @papa_jiajen (TikTok)
Image via @papa_jiajen (TikTok)
Macam boleh teka je siapa yang menang 😛
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik