HomeEntertainment Teruja Naik Pentas Ambil Anugerah, Gelagat Anak Istimewa Ini Cuit Hati...

[VIDEO] Teruja Naik Pentas Ambil Anugerah, Gelagat Anak Istimewa Ini Cuit Hati Netizen

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Anak-anak istimewa merupakan anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita untuk dijaga dan disayangi

Hal ini kerana, mereka termasuk dalam kalangan orang yang kurang upaya (OKU). Jadi, adalah tanggungjawab kita untuk menyantuni mereka ini. Mereka juga mempunyai hati dan perasaan seperti kita.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan gelagat seorang anak istimewa menaiki pentas untuk mengambil anugerah telah mencuit hati netizen.

Lihat video itu di bawah:

@mazniezura #anaksyurga original sound – mazniezura

Semangat naik pentas masa terima anugerah

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana menunjukkan perhimpunan di sebuah sekolah. Ia diadakan untuk menyampai beberapa anugerah kepada murid-murid.

Namun, apa yang lebih mencuit hati adalah reaksi seorang murid perempuan ini yang begitu semangat dan menunjukkan aksi selambanya ketika berada di atas pentas.

Dia juga sempat memeluk guru yang memberikan anugerah itu kepadanya dan siap melambai ke arah murid-murid lain.

Image via @mazniezura (TikTok)

“Ya Allah comelnya bila tengok dia buat macam tu” – Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji kecomelan dan telatah anak istimewa itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 606.1K views, 66.4K likes dan 389 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @mazniezura (TikTok)

Image via @mazniezura (TikTok)

Image via @mazniezura (TikTok)

Image via @mazniezura (TikTok)

Image via @mazniezura (TikTok)

Comel je perangai awak dik, semoga sentiasa ceria selalu 🙂

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Must Read

Related News