Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bola sepak adalah satu sukan yang boleh menyatukan negara
Adat kalah dan menang itu sudah menjadi lumrah dalam sesuatu permainan. Sama juga seperti bola sepak. Pasti ramai di sini yang mempunyai pasukan pilihan masing-masing dan bukanlah semuanya memilih pasukan sama.
Dengan kemajuan teknologi sekarang, kita boleh melihat update pasukan kegemaran kita melalui sosial media saja betul tak?
Namun, lain pula dengan video daripada pasukan terkemuka Juventus ini apabila mereka menggunakan lagu dari negara Malaysia telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video itu di bawah:
@juventus Satu malam di Italia #Bolasepak #Malaysia Satu Malam Di Temasek sped up creammarkie – @??
Guna lagu popular dari Malaysia sebagai sound dalam video
Menerusi video tersebut, kelihatan akaun TikTok pasukan Juventus pula menggunakan lagu nyanyian asal dari Malaysia.
Akaun itu menulis kapsyen “Satu malam di Italia” berserta dengan hashtag bola sepak dan juga Malaysia.
Mereka menggunakan lagu nyanyian daripada Joe Flizzow dan SonaOne. Sebelum itu pasukan Manchester United turut menggunakan sound nyanyian dari pemuda asal Malaysia untuk video mereka.
Image via @juventus (TikTok)
“Hahahha hari tu MU pastu Juventus lepas ni apa pula” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi mereka mengenainya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 150.1K likes dan 2,788 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @juventus (TikTok)
Image via @juventus (TikTok)
Image via @juventus (TikTok)
Image via @juventus (TikTok)
Image via @juventus (TikTok)
Image via @juventus (TikTok)
Lepas ni team mana pula ya yang guna lagu dari Malaysia 😛
Image via GIPHY
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik