Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Berita baik untuk usahawan SME di Malaysia!
Dattel Asia Group (Dattel) bersama REV Media Group (RMG) membuat susulan dari kolaborasi strategik mereka dalam suatu acara khas iaitu OHSEM ADS 2022 yang akan berlangsung pada 3 November di Mines 2, Seri Kembangan.
Untuk pengetahuan anda, OHSEM ADS 2022 diadakan bagi menerangkan kepada SME tentang kelebihan pengiklanan melalui Rangkaian Media REV dengan menggunakan kuasa data perilaku pengguna.
Acara ini dijangka menarik sehingga 3,000 usahawan dan ahli pemasaran di kalangan komuniti SME Malaysia yang mahu memaksimumkan pulangan dari pelaburan pengiklanan (ROI) mereka.
Image via OHSEM ADS 2022
Ramai di kalangan pengusaha SME yang mengakui populariti laman web seperti The New Straits Times, SAYS dan Vocket, namun mereka kurang sedar bahawa laman-laman web popular ini adalah sebahagian daripada Rangkaian Media REV, yang menarik jumlah pengunjung atas talian tertinggi di Malaysia.
Menurut laporan Comscore, Rangkaian Media REV dikunjungi seramai 15.8 juta individu setiap bulan, iaitu lebih ramai berbanding pengguna bulanan Facebook ataupun Google di Malaysia.
Di samping itu, walaupun panduan amalan terbaik pemasaran digital menyarankan penggunaan berintegrasi media sosial, pengoptimuman enjin carian, iklan Google, dan Penerbit Kandungan Premium, namun hakikatnya kebanyakan SME hanya mampu menggunakan media sosial sahaja bagi kegunaan pemasaran disebabkan oleh titik masuk harga yang rendah.
Peluang kepada semua SME yang hadir untuk menggunakan REV Ad Manager
Dari perbincangan dengan usahawan SME, mereka menyatakan tiga sebab utama mengapa rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV tidak digunakan dalam strategi pemasaran mereka:
1. Tanggapan rangkaian penerbit kandungan premium terlalu mahal dan di luar kemampuan mereka.
2. Keberkesanan rangkaian kandungan premium kurang jelas, walaupun selalu digunakan oleh jenama-jenama besar.
3. Tidak tahu bagaimana untuk berhubung dan mendapatkan maklumat lanjut sekiranya berminat OHSEM ADS 2022 akan menangani ketiga-tiga isu ini melalui perkongsian tentang kelebihan dan nilai tambah yang diperolehi usahawan SME melalui rangkaian penerbitan kandungan premium seperti REV.
Beberapa contoh keberkesanan pengiklanan di Rangkaian Media REV akan ditonjolkan kepada usahawan SME di OHSEM ADS 2022 nanti.
Image via REV Ad Manager
Kolaborasi pertama di antara RMG dan Dattel telah dilancarkan pada Mac 2022 iaitu REV Ad Manager, suatu platform pengiklanan layan diri menggunakan AI.
Platform ini memanfaatkan pendekatan inovatif dalam pengiklanan dengan menggunakan data tabiat pengguna bagi menyarankan laman web REV yang terbaik untuk mendapatkan audiens pilihan SME.
Kini REV Ad Manager telah diakses oleh lebih dari 100 jenama – termasuk SME dan juga jenama besar dalam sektor peruncitan, fesyen, dan kesihatan.
Melalui OHSEM ADS 2022, RMG dan Dattel berhasrat bagi memberikan peluang kepada semua SME yang hadir untuk menggunakan REV Ad Manager.
Peluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi
Usahawan SME yang hadir ke OHSEM ADS 2022 boleh mempertingkatkan keupayaan pemasaran dan pengiklanan mereka melalui REV Ad Manager dengan menghasilkan persona pengguna berdasarkan data tabiat pengguna.
Ia termasuk pembahagian segmen pengguna mengikut 30 Arketaip Perilaku (Behaviour Archetypes) dan 12 Sifat Nilai Pengguna (Consumer Value Traits).
Platform ini boleh menghasilkan sebanyak 103,000 persona pengguna yang berlainan, meliputi 174 kategori produk dan perkhidmatan.
Image via OHSEM ADS 2022
Mereka yang hadir juga akan berpeluang untuk membuat tempahan iklan kadar OHSEM yang hanya ditawarkan di lokasi. Kadar pengiklanan ini direka khas untuk usahawan SME dan membolehkan mereka menguji sendiri keberkesanan rangkaian penerbitan kandungan premium.
Usaha ini pada asasnya memberi pilihan kepada SME untuk menarik audiens yang diinginkan pada kadar mampu milik.
OHSEM ADS 2022 turut disokong oleh Rakan Strategik Easystore dan unifi Business Club, Rakan Pembiayaan Myisco serta Dreamtalents Media selaku Agensi Digital Rasmi.
Usahawan SME yang berminat untuk hadir ke OHSEM ADS 2022 dan menuntut akaun REV Ad Manager boleh mendaftar di laman web berikut: https://ohsem-ads-2022.eventbrite.com !
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik