Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Umum sedia maklum, Belanjawan 2022 atau #Bajet2023 telah pun dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz
Image via Kosmo! Online
Salah satu perkara yang dinanti-nantikan dalam pembentangan ini sudah semestinya kelebihan yang bakal diperoleh rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan B40 dan M40 yang terkesan dengan keadaan selepas pandemik Covid-19.
Dengan bertemakan ‘Keluarga Malaysia, Makmur Bersama’, Bajet 2023 kali ini akan menyediakan sejumlah RM372.3 bilion yang menyaksikan nilai peruntukan tertinggi berbanding bajet-bajet sebelum ini.
Berikut adalah ‘highlights’ penuh bantuan dan inisiatif serta kelebihan yang bakal anda perolehi untuk #Bajet2023:
1. Bantuan One-Off RM2,500 Untuk Isi Rumah 5 Orang Anak Atau Lebih
Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo! Online
Untuk makluman, ia adalah kategori baharu bagi membantu meringankan keluarga yang mempunyai ramai anak.
Bantuan one-off tertinggi ini adalah untuk isi rumah lima orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang dari RM2,500 sebulan.
Bagi isi rumah berpendapatan RM2,500 hingga RM5,000, BKM disediakan antara RM500 hingga RM1,250 bergantung kepada bilangan anak.
Manakala, RM1,000 sehingga RM2,000 bagi pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah (1 hingga 4 orang anak).
Warga emas tiada pasangan serta golongan bujang akan terima BKM masing-masing RM600 dan RM350 bergantung kepada had pendapatan.
Tahun 2023, bantuan tambahan RM500 ringgit kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan akan diteruskan. Ini bermakna, ibu atau bapa layak menerima bantuan maksimum sehingga RM3,000.
2. Golongan Belia Akan Menerima Bantuan Sebanyak RM200 Secara One-Off
Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo! Online
Tidak dilupakan juga pada golongan belia dalam belanjawan 2023!
Sebanyak RM200 berbanding RM150 tahun lepas akan diberikan secara one-off kepada 4 juta belia.
Golongan yang layak menerima adalah belia berumur 18 hingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa berumur 21 tahun ke atas.
Bantuan ini dibawah Program ePemula iaitu e-Skim Transaksi Tanpa Tunai.
3. Kadar Cukai Pendapatan Individu Dikurangkan Sebanyak 2 Mata Peratusan
Gambar sekadar hiasan.
Image via The Star
Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu kepada rakyat Malaysia. Kadar pengurangan tersebut dikurangkan sebanyak 2 mata peratusan.
Banjaran pendapatan bercukai RM50,001 hingga RM70,000 turun daripada 13% ke 11%. Manakala banjaran pendapatan bercukai RM70,001 hingga RM100,000 turun daripada 21% ke 19%.
Pada masa yang sama, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.
Dengan layanan khas cukai pendapatan ini, penjimatan cukai kumpulan pertengahan adalah sehingga RM1,000 ringgit dan untuk kumpulan teratas adalah sehingga RM250. Ini bermakna, dianggarkan RM800 juta tersedia sebagai lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan oleh rakyat.
4. Bantuan Tunai RM500 Kepada Ibu Yang Melahirkan Anak Pada Tahun 2023
Gambar sekadar hiasan.
Image via Isteri Sihat
Pembayaran tambahan secara one-off sebanyak RM500 akan diberikan sebagai inisiatif isi rumah penerima BKM yang melahirkan cahaya mata pada tahun 2023.
Hal ini bermakna, ibu atau bapa tunggal yang menerima BKM layak menerima sebanyak maksimum RM3,000.
5. Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Sehingga 20%
Gambar sekadar hiasan.
Image via Malay Mail
Pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN akan diberikan kepada semua pelajar yang mendapat ijazah sarjana muda kelas pertama.
Diskaun bayaran balik PTPTN itu yang akan bermula 1 November 2022 sehingga 30 April 2023.
Ini adalah termasuk diskaun seperti berikut:
-20% untuk penyelesaian penuh
-15% untuk penyelesaian (50% baki hutang)
-15% untuk bayaran secara potongan gaji
6. Pas Bulanan RM50 Untuk 180,000 Pengguna Pengangkutan Awam
Gambar sekadar hiasan.
Image via Wikipedia
Berita baik untuk mereka yang naik pengangkutan awam ke tempat kerja!
Sebanyak 180,000 pengguna pengangkutan awam pada tahun depan akan menerima pas bulanan sebanyak RM50.
Secara purata, warga Lembah Klang yang menggunakan kemudahan rel dan bas untuk ke tempat kerja perlu berbelanja sekitar RM200 sebulan. Inisiatif ini sudah tentunya merupakan berita baik untuk semua pengguna pengangkutan awam.
7. Bantuan Awal Persekolahan Anak Sebanyak RM150 Tanpa Mengira Pendapatan Ibu Bapa
Gambar sekadar hiasan.
Image via Kosmo! Online
8. Individu Berpendapatan RM100,000 Ke Bawah Setahun Bakal Menerima Bantuan RM100
Gambar sekadar hiasan.
Image via Car Sifu
Golongan M40 dengan pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun bakal menerima RM100 yang bakal dikreditkan kepada e-wallet menerusi inisiatif e-Pemula M40.
Difahamkan inisiatif e-Pemula M40 ini bakal memberi manfaat kepada 8 juta individu di Malaysia.
Setakat ini masih belum diumumkan pilihan aplikasi e-wallet yang tersedia dalam membolehkan pengguna menerima RM100 yang bakal dikreditkan pihak kerajaan.
9. Baucer RM100 Untuk Rakyat Malaysia Yang Melancong Dalam Negara
Gambar sekadar hiasan.
Image via Astro Awani
Sebanyak RM25 Juta akan disalurkan sebagai insentif kepada rakyat yang menyokong industri pelancongan tempatan.
Oleh itu, sebanyak RM100 akan diberikan meliputi diskaun, baucar dan rebat bagi penginapan, pakej pelancongan, kraf tangan dan karya seni bagi individu yang menyokong industri pelancongan tempatan.
10. Bantuan Khas Penjawat Awam Sebanyak RM700 & Pesara RM350
Gambar sekadar hiasan.
Image via Sinar Harian
Menerusi bantuan kewangan yang diumumkan, penjawat awam bakal menerima Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100, Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 dan juga Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 sebanyak RM600.
Jumlah ketiga-tiga bantuan ini bakal memembolehkan pejawat awam gred 56 dan ke bawah bakal meraih sehingga RM2,500 termasuk Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 berjumlah RM1,200 bagi satu tahun.
Sementara itu, seramai 1 juta pesara Kerajaan pula bakal menerima RM350 dengan implikasi kewangan berjumlah RM1.3 bilion.
11. Pelepasan Bayaran Cukai Ke Atas Bayaran Taska & Tadika Sebanyak RM3,000
Gambar sekadar hiasan.
Image via Suara TV
Berita baik untuk golongan ibu bapa dan penjaga!
Kerajaan mengumumkan pelepasan cukai ke atas bayaran yuran taska dan tadika sehingga tahun taksiran 2024 sebanyak RM3,000.
Bantuan ini kekal seperti tahun lepas iaitu sebanyak RM3,000 terhadap cukai pendapatan individu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik