@alya_82 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka hadir bukan saja menjadi penghibur ibu bapa, kehadiran mereka memang akan menceriakan lagi suasana rumah. Namun begitu, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapi para ibu bapa dalam soal parenting lebih-lebih lagi kepada anak yang pertama.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang bayi usia 3 hari disuap dengan bubur oleh neneknya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita yang merupakan nenek kepada seorang bayi sedang menyuapkan sesuatu ke dalam bibir bayi itu.
Apa yang lebih membuat netizen terkejut adalah apabila bayi itu hanya berusia 3 hari dan tidak boleh disuap dengan bubur.
“Itu disuapin diam-diam pass saya nyuci di sungai dan yang ngerekam tetangga saya dan dikirim ke saya, semoga lekas kabur dari sini” – kata ibu kepada bayi itu.
Lebih mengejutkan adalah ibu bayi itu tidak tahu yang mentuanya bertindak sebegitu. Difahamkan dia ditugaskan untuk mencuci baju di sungai.
Mujur, jirannya dilihat merakam video tersebut sebagai bukti. Ibunya juga berkata perut bayi itu sehingga keluar urat berwarna biru.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 735K tontonan, 16K tanda suka 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut berang dengan tindakan mentuanya. Malah, ramai yang bersimpati dengan bayi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: