Cubaan Nak Dapat Duit Raya Tak Jadi, Lelaki Pakai Tudung Ini Buat Ramai Gelak Sakan

0
326
Cover image via
@naeimsyafiq (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Waktu inilah kita dapat mengeratkan silaturrahim bersama sanak-saudara, rakan-rakan dan ahli keluarga yang lain. Selain dapat menjamu selera, mesti ramai yang excited nak menerima duit raya daripada tuan rumah bukan?

Baru-baru ini, tular sebuah video berkenaan seorang lelaki memakai tudung beratur untuk mendapat duit raya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@naeimsyafiq Balas kepada @mustaqim.08 nahh , harap bawak ke mimpi malam ni o #fypdongggggggg #FYP #salamaidilfitri #raya Raya Raya Raya – DOLLA

Menerusi video yang dikongsi oleh @naeimsyafiq, kelihatan beberapa orang sedang beratur untuk mendapatkan duit raya di sebuah rumah terbuka.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila terdapat seorang lelaki yang berbaju Melayu tetapi dia memakai tudung turut sama beratur untuk mendapatkan duit raya.

Lelaki tersebut dilihat telah diketuk kepalanya oleh seorang pak cik selepas kantoi menyamar jadi perempuan untuk mendapat duit raya lebih. Dia kemudian berlalu pergi sambil ketawa.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 216.5K tanda suka dan 2.9K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi selepas melihat video tersebut.

Malah, ada juga yang terhibur melihat gelagat lucu lelaki tersebut.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: