@rizalman71 (Instagram)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Terbaru, pereka fesyen tersohor negara iaitu Datuk Rizalman Ibrahim mendedahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikatnya, Faizul Surani hampir terpedaya dengan taktik scammer (penipu) yang menyamar sebagai Permaisuri Agong, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Menerusi InstaStory milik Rizalman, individu tersebut telah menceroboh akaun Telegram dan cuba memperdayakan Faizul dengan menyamar sebagai Tuanku Permaisuri Agong.
Dalam pada itu, individu tidak bertanggungjawab tersebut turut meminta pekerjanya untuk memindahkan wang sebanyak RM3,000 kepada akaun bank seorang lelaki dikenali sebagai Khairul Ikhwan.
“Faizul boleh transfer RM3,000. Malam saya bagi semula. Ke Khairul Ikhwan. Receipt reference Haja Azizah”
Walau bagaimanapun, Faizul sempat membuat semakan serta pengesahan daripada Permaisuri Agong sama ada perbualan mereka itu adalah benar ataupun tidak.
“Mohon hati-hati dengan scammer, mereka sudah berjaya menceroboh ke Telegram. Jangan terpedaya dengan scammer! Nasib double check dengan Tuanku. Ampun Tuanku.”
Dalam pada itu, Rizalman turut meluahkan rasa kecewa apabila terdapat individu yang sanggup menyamar menjadi orang lain semata-mata untuk mendapatkan wang dengan mudah.
“Kenapa lah makin menjadi-jadi kesetanan manusia ni kan?”