@c1ntakuu (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk membuat trend TikTok bersama ahli keluarga dan sanak-saudara. Hal ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dan juga kemesraan sesama sendiri.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis yang membuat trend TikTok ‘Marry Me’ bersama datuknya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @c1ntakuu, kelihatan dia bersama datuknya sedang membuattrend TikTok ‘Marry Me’.
Trend ini di mana si penerima duit raya perlu menutup muka tanda malu dan si pemberi pula perlu membuat ekspresi tidak kisah.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila datuknya yang menjadi penerima duit raya itu langsung tidak kekok dan pandai membuattrend tersebut.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 301.1K tanda suka dan 4.3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memuji kecomelan atuk tersebut membuat trendTikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: