HomeEntertainment Khusyuk Salam Minta Maaf, Mak Pula Sempat Bisik Suruh Kahwin Cepat

[VIDEO] Khusyuk Salam Minta Maaf, Mak Pula Sempat Bisik Suruh Kahwin Cepat

Cover image via
@azim_samsudin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kita sendiri tidak tahu yang mana akan sampai dulu dalam hidup kita betul tak? Sudah tentu semua orang mahukan pasangan untuk hidup bersama. Namun, siapalah kita untuk menindakkan takdir.

Tular sebuah video di TikTok ini apabila seorang ibu sempat memberi pesanan kepada anak lelakinya semasa bersalaman di hari raya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@azim_samsudin

Harapan seorang Ibu Raya Pertama

original sound – AzimSamsudin

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersalaman bersama ahli keluarganya.

Namun, apabila tiba pada ibunya, wanita itu sempat membisikkan ke telinga anak lelakinya untuk cepat berkahwin.

Situasi itu membuatkan lelaki tersebut tersenyum mendengar permintaan ibunya itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi perkara yang sama mengenai permintaan ibu mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 91.9K views, 5,153 likes dan 120 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in:

Must Read

Related News