@nrimannnnnn_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ia menunjukkan perasaan sayang kepada pasangan masing-masing. Hal ini membuatkan para suami suka mengusik isteri untuk menguji tahap cemburu mereka.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang selamba memuji perempuan lain di hadapan isterinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nrimannnnnn_, kelihatan seorang lelaki bersama isterinya sedang beratur untuk keluar dari sebuah kapal terbang.
Terdapat juga seorang pramugari yang sedang mengemas berdekatan dengan mereka. Lelaki tersebut dengan selamba terus memuji pramugari itu. “Awak cantik la”, puji lelaki tersebut.
Akibat daripada perbuatanya itu, lelaki tersebut telah mendapat jelingan yang tajam daripada isterinya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi lucu tersebut. Malah, ada juga yang berseloroh dan mendoakan nasib lelaki tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.7M views, 122.1K likes dan 3.9K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: