HomeEntertainment"Dah Macam Sesumpah" - Isteri Belikan Baju Raya Suami, Sekali Tersama Tema...

“Dah Macam Sesumpah” – Isteri Belikan Baju Raya Suami, Sekali Tersama Tema Dinding Rumah

Cover image via
@schamia11 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bukan apa, raya kan setahun sekali. Jadi, sudah tentu mereka ingin memakai baju raya sedondon bersama suami dan anak-anak. Betul tak?

Namun, lain pula yang terjadi apabila seorang wanita ini tersalah beli baju raya satu family yang kebetulan sama warna tema dengan dinding rumahnya menimbulkan dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @schamia11, kelihatan suaminya berpaling menghadap dinding rumah mereka seperti sedang merajuk.

Rupa-rupanya, si isteri terbeli baju raya satu family sama dengan warna tema dinding rumah mereka iaitu hijau applemint.

Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila si suami berdiri di depan dinding itu, dia dilihat tenggelam dengan warna hijau tersebut yang ternyata sebijik sama dengan warna bajunya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 234.6K views, 16K likes dan 636 shares di TikTok.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat video tersebut kerana ragam suami wanita itu yang malu sehingga berpaling daripada kamera.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News