@ek41.__ (TikTok)
& Burpple
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Namun, masyarakat Malaysia bukan saja boleh bercakap dalam Bahasa Melayu, malah ramai yang berkebolehan untuk bercakap dalam pelbagai bahasa seperti Bahasa Inggeris, Mandarin, Arab, Jawa dan lain-lain.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki memesan makanan di McD dengan menggunakan bahasa Jawa telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda dan rakannya berada di Drive Thru McD untuk membeli makanan.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila dia cuba memesan makanan dalam bahasa Jawa. Lebih menghiburkan lagi adalah apabila pekerja McD itu juga berkebolehan dalam berbahasa Jawa dan melayan pelanggannya dengan sempoi.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 925K tontonan, 83K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan mereka.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


