Sanggup Sewa Bas Taja Tiket Balik Kampung, Inisiatif Hafiz Ini Raih Pujian Ramai

0
253
Cover image via
@hafizmahamad (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Instagram tentang seorang pengasas Ainaa Beauty, Hafiz Mahamad menaja tiket balik kampung kepada orang ramai telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video berkenaan, pengasas Ainaa Beauty itu sedang meninjau keadaan dan kemudahan bas di tempat parkir bas.

Hafiz Mahamad menaja tiket bas percuma kepada para pelajar dan orang ramai yang ingin pulag ke kampung. Dengan inisiatif ini, dia berharap supaya dapat meringankan beban kewangan mereka.

“Kos minyak dah berapa dan fikir-fikir, sampai kampung nanti tak boleh nak balik tangan kosong. Duit itu, duit ini. Banyak adik-adik yang tengah belajar pun.. Saya faham situasi awak.”

Dia juga meminta netizen untuk kongsi posting itu kepada orang ramai yang memerlukan. Dia juga akan menambah bas lagi jika bas yang ditempahnya semua penuh.

Hafiz Mahamad hanya meminta sesiapa yang menaiki bas itu dapat mendoakan kejayaan perniagaan Ainaa Beauty.

“Saya hanya nak minta tolong awak 1 je boleh? Tolong doakan perniagaan Ainaa Beauty maju. Ini semua “Kejayaan Demi Kebahagiaan” tulisnya.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan pengasas itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Instagram:

You may be interested in: