[VIDEO] Padah Tak Check Dahulu Duit Recycle, Wanita Ini Luah Rasa Kesal Dapat Duit Koyak

0
213
Cover image via
@nadiabasharr_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini menyebabkan ramai orang beratur panjang dan mengambil masa dua hingga tiga jam semata-mata untuk menukar duit raya. Namun, apabila ramai sangat orang nak tukar duit raya, duit baru akan cepat habis.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang wanita meluahkan rasa kesalnya mendapat duit koyak selepas menukar duit raya telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nadiabasharr_ Dalam kereta baru perasan kalau korang pulangkan balik tak? Aku dah redho je ni 3 jam beratur kt bank #raya #scam #fyp #dugaankehidupan Paro Paro G – DJ Sandy

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadiabasharr_, kelihatan seorang wanita menunjukkan duit raya yang baru sahaja ditukarkan di sebuah bank yang tidak dikenal pasti.

Difahamkan, dia sudah diberitahu bahawa dia akan menerima duit recycle. Namun disebabkan kecuaiannya, dia baru perasan sesudah masuk kereta yang kebanyakan duit yang ditukarnya itu koyak dan mempunyai kesan solletape.

Wanita tersebut jelas berasa kecewa dengan situasi tersebut kerana dia sudah penat beratur selama tiga jam.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi wanita tersebut. Malah, ada juga yang menegur kecuaian wanita tersebut tidak check dahulu sebelum menerima duit recycle.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 609.9K views, 17.1K likes dan 464 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: