“Baju Sakit Pinggang” – Wanita Bengang Baju Raya Tak Sama Cutting Sampai Senget Sebelah

0
220
Cover image via
@wannurliyanaaa (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kepada para wanita, sudah pasti menjadi rambang mata apabila baju raya kini mempunyai pelbagai warna dan fesyen. Penat mencari baju raya, sudah tentu kita kecewa apabila baju yang dibeli indah khabar dari rupa bukan?

Sama seperti video yang tular baru-baru ini apabila baju kurung yang diterima wanita ini beza cutting telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@wannurliyanaaa

agak agaknya mesin jahit dorang pun senget sebelah kot apa pelik ghupe cutting kiri kanannya tu beza benar #hijabistahub#raya#2022#foryoupage#fyp

original sound – Wan Nur Liyana – Wan Nur Liyana

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita telah menerima parcel berisi baju raya yang dibeli daripada sebuah jenama.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati baju raya yang mahal itu tidak sama cutting. Belah kanan dan kiri baju tidak sama dan berbeza dari segi jahitan juga. Perkara itu membuatkan dia berang.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 391K tontonan, 8K tanda suka dan 800 komen di TikTok, rata-rata netizen turut pelik melihat baju seperti itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

You may be interested in: