Pelik Ada ‘Benda’ Bergerak Dalam Perut, Gadis Terkejut Dapat Tahu Selepas Pergi Berubat

0
260
Cover image via
@tqaaa_____ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sudah pasti, kita tidak boleh melihat mereka dengan mata kasar, namun ada insan yang terpilih boleh melihat mereka ini. Bila bercakap tentang makhluk halus, mesti auto meremang bulu roma. Kalau boleh tak nak ternampak pun mereka ini di mana-mana.

Namun, lain pula dengan video kisah seorang gadis ini apabila dia mendapat perhatian ramai kerana berkongsi cerita mengenai apa yang dirasai pada dirinya telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@tqaaa_____

ternyata sudah bersaudara mara di badan ku

original sound – SemiTruck

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang gadis berkongsi dia pada awalnya mengalami period pain dan haid yang tidak teratur.

Malah, dia juga sering bermimpi berjumpa dengan lelaki yang tidak dikenali serta budak kecil berbulu hitam. Bukan itu saja, dia merasa seperti ada sesuatu yang bergerak di dalam perutnya.

Keadaan itu membuatkan dia pergi berubat dan mendapat tahu rupa-rupanya dia sudah berkahwin dan sedang mengandungkan ‘anaknya’.

Difahamkan, ‘benda’ itu sudah berada lama di dalam badannya sehingga sudah beranak-pinak. Dia akhirnya pergi berubat dan ‘benda’ itu berjaya dipisahkan dari badannya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@tqaaa_____

THE TEA sorry guys lambat up story busy sikit

suara asli –

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut dan memberikan pelbagai reaksi mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 2.7M views, 268.8K likes dan 11.2K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

More stories to read: