@utusantvofficial (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Mereka sering kali tidak memikirkan tindakan itu boleh membahayakan orang ramai. Walaupun sudah beberapa kali ditegur, masih sama saja perangai mereka yang nakal itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan pasangan couple berdepan dengan situasi tidak diingini semasa perlumbaan motor telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berlumba motosikal di sebuah kawasan di Indonesia.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila sebaik saja motosikal itu ditunggang, gadis di belakangnya itu jatuh terduduk dengan tidak sengaja.
Gadis itu yang merupakan teman wanitanya dilihat menahan kesakitan dan cuba sedaya upaya untuk bangun. Lelaki itu dilihat berhenti dan patah balik untuk menolong teman wanitanya.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.2M tontonan, 104K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terkejut dan memberikan pelbagai reaksi.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: