“Kenderaan Perlahan” – Ramai Puji Cara ECO Shop Buat Iklan Guna Billboard Versi Komik Ini

0
204
Cover image via
@mxtyie (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Namun, periklanan jenis ini masih boleh menjadi cara yang berkesan untuk membina kesedaran jenama dan menarik pelanggan.

Iklan billboard biasanya diletakkan di kawasan traffic yang tinggi, seperti di sepanjang lebuh raya. Jadi ia dapat dilihat oleh bilangan pemandu yang paling ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan cara ECO Shop membuat periklanan menggunakan billboard telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mxtyie, kelihatan situasi kesesakan lalu lintas di sebuah lebuh raya yang tidak dikenal pasti.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila beberapa billboard di situ memaparkan sambungan komik oleh jenama ECO Shop.

Pemilik video menulis di ruangan kapsyen bahawa kebanyakan kereta di lebuh raya itu bergerak secara perlahan kerana ingin membaca sambungan komik di billboard tersebut.

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji cara periklanan ECO Shop menggunakan billboard tersebut. Malah, ada juga yang berpendapat bahawa ia dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 719.1K views, 95.2K likes dan 1K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: