HomeEntertainment Cikgu Cop Anak 'Speech Delay' Sebab Mak Malas, Wanita Ini Tampil...

[VIDEO] Cikgu Cop Anak ‘Speech Delay’ Sebab Mak Malas, Wanita Ini Tampil Beri Luahan Hati

Cover image via
@cikguayu_imtecer (TikTok)
& @mayraisabella91 (TikTok)

Cikgu tersebut ingin mengupas isu viral yang melibatkan seorang anak kecil direject oleh tadika disebabkan kencing di sekolah. Cikgu itu berpendapat bahawa perkara itu adalah salah kedua-dua pihak.

Dia menyalahkan pihak guru kerana guru sepatutnya membuat pemerhatian selama seminggu sesi persekolahan mula. Namun begitu, pada akhir video, dia dilihat marah dan menyalahi pihak ibu kerana tidak menyiapsediakan anak-anak ke sekolah.

Cikgu Ayu berpendapat bahawa anak-anak sepatutnya sudah pandai menguruskan diri semasa masuk tadika.

Lihat video penuh itu di bawah:

Salah seorang wanita tampil membuat keluhan terhadap apa yang disampaikan CIkgu Ayu. Wanita tersebut menjelaskan bahawa dia rasa tidak adil jika cikgu membuat spekulasi tentang mak malas secara semberono.

Menurut wanita itu yang mempunyai dua orang anak istimewa, dia berkata memang banyak cabaran dan dugaan untuk menjaga dan menyiapsediakan anak-anak ke sekolah. Tambahan lagi, jika anak itu merupakan anak istimewa seperti mild autisme dan sebagainya.

Dia meluahkan supaya cikgu di luar sana faham bahawa ibu bapa juga berusaha yang terbaik untuk anak-anak mereka. Jangan pukul rata label semua mak malas.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@mayraisabella91

sumpah aku xtahan bila ckgu ckp ank speech delay ni sbb mak mlas mak bg phone nk mudh kj klau la ckgu thu prsaan kmi mak2 ni

original sound – Mayra Isabella91 – Mayra Isabella91

Cikgu Ayu mengaku mungkin cara tegurannya agak tidak sesuai. Gaya bahasa yang digunakan agak kasar dan menyinggung perasaan sesetengah orang. Dia meminta maaf atas kesilapannya.

Lihat video sambungan itu di bawah:

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 546K tontonan, 2K retweets dan 5K tanda suka di Twitter.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

More stories to read:

Must Read

Related News