HomeEntertainment Tak Senang Nak Makan, Pelanggan Sampai Berdiri Atas Kerusi Lepas Nampak...

[VIDEO] Tak Senang Nak Makan, Pelanggan Sampai Berdiri Atas Kerusi Lepas Nampak Biawak

Cover image via
@loongrachelle (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Contohnya seperti ular, katak, lipas dan sebagainya. Tidak terkecuali biawak kerana bentuk saiz badannya yang besar.

Malah, dapat kita lihat di media sosial banyak biawak yang tiba-tiba muncul di tempat awam sehingga membuatkan ramai takut.

Sama seperti video di TikTok ini, apabia seekor biawak tiba-tiba muncul di sebuah kedai makan sehingga membuatkan pelanggan takut telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan suasana kedai makan di Semporna, Sabah. Namun, secara tiba-tiba muncul seekor biawak.

Situasi itu membuatkan semua pelanggan terkejut dan terus ke tepi kerana takut. Malah, ada juga yang sampai berdiri di atas kerusi kerana ketakutan.

Biawak itu dilihat dihalau oleh beberapa orang di situ sebelum keadaan menjadi pulih semula.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat video itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1M views, 62.2K likes dan 894 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

You may be interested in:

Must Read

Related News