Terus Buat Aduan Ke Pejabat Buruh, Gadis Kongsi Majikan Diskriminasi Gaji Mengikut Bangsa

0
249

Menerusi video tersebut, gadis itu mendakwa dia ditindas oleh majikannya selepas mendapat tahu layanan diskriminasi berhubung pembayaran gaji pokok yang diterimanya berbeza.

Difahamkan, dia mendapat gaji pokok sebanyak RM1,000 manakala rakan sekerjanya berbangsa lain mendapat gaji pokok sebanyak RM1,100 dengan kerja 12 jam sehari.

Malah, lebih menyakitkan hati lagi dia terjumpa posting majikannya di salah sebuah group Facebook dalam bahasa Cina yang menawarkan gaji minimum RM1,400.

Menurut sumber, dia kemudian bertanyakan semua pekerja yang sama tempat dengannya dan rupa-rupanya gaji mereka memang berbeza, walhal yang baru masuk bekerja itu mendapat bayaran RM1,400.

Gadis itu akhirnya membuat aduan di pejabat buruh dan mendapat pampasan lebih RM5,000 daripada syarikat tempat dia bekerja. Bagaimanapun, dia dibuang kerja serta-merta oleh majikannya setelah syarikat menerima surat daripada jabatan buruh.

Lihat video sambungan itu di bawah: