@ellyhariyana90 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kononnya, tidur pada waktu tersebut akan dikaitkan dengan penyakit-penyakit seperti hilang ingatan, gila dan sebagainya.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan gelagat seorang budak perempuan yang mengigau hendak pergi sekolah selepas bangun daripada tidur petang telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ellyhariyana90, kelihatan seorang budak perempuan yang sudah bersiap sedia hendak pergi ke sekolah pada pukul 10:35 malam.
Difahamkan, budak itu baru bangun tidur petang dan perkara itu menyebabkan dia tertukar waktu Subuh dengan malam. Seronok melihat si anak yang mengigau, ibunya pula bertindak untuk mengusik dan menyuruhnya bersiap untuk pergi ke sekolah.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila budak itu pun terus bersiap tanpa bertanya apa-apa. Pada akhir video, ibunya dilihat menyuruh budak itu untuk pergi tidur.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. Malah, ada juga yang berkongsi pengalaman masing-masing hampir pergi sekolah gara-gara tidur petang.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 356.4K views, 36.9K likes dan 491 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: