@thaqeebiqbal (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Pengguna akan membayar setahun sekali dan pelekat itu perlu ditampal dan dipaparkan di hadapan cermin kereta. Kadangkala, polis akan membuat roadblock untuk menyemak dan memberi saman kepada orang yang gagal memperbaharui roadtax.
Namun, tular baru-baru ini di TikTok yang memaparkan sebuah kereta yang dikesan roadtaxnya ditampal di bahagian belakang kereta telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang memandu untuk menuju ke lokasi yang tidak dikenal pasti.
Sambil dia memandu, dia perasan kereta di depannya menampal pelekat cukai jalan di bahagian belakang kereta. Sepatutnya, pelekat itu perlu ditampal di bahagian depan.
Pemandu tersebut tidak boleh brain dan tidak menyangka ada orang yang berbuat demikian.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 295K tontonan, 30K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: