[VIDEO] Kereta ‘Lowered’ Sangat, Cara Lelaki Ini Lepasi Bonggol Undang Tawa

0
214
Cover image via
@ar.isss (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kereta juga mempunyai rupa bentuk yang berbeza. Tambahan pula, ramai yang gemar modify rupa bentuk kereta mengikut cita rasa masing-masing terutama golongan lelaki.

Kebanyakan kereta sering diubah suai menjadi lebih rendah ataupun ‘lowered’ kerana ia boleh membuatkan kereta nampak lebih sporty.

Tular satu video di TikTok baru-baru ini, menunjukkan aksi seorang pemandu kereta ‘lowered’ melepasi bonggol di jalan raya.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsikan oleh @ar.isss di TikTok, kelihatan seorang lelaki sedang memandu kereta yang dikatakan ‘lowered’ ingin melepasi satu bonggol di jalanan.

Oleh kerana kereta itu rendah, dia perlu menyengetkan sedikit keretanya agar bahagian bawah kereta tidak menyentuh bonggol.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia membuat pusingan U padahal dia sepatutnya sengetkan kereta sedikit sahaja.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi lelaki tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 818.1K views, 100K likes dan 1,069 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: