@yumiayummi (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kalau tiada kuih raya kadangkala macam tak lengkap rasanya. Ramai yang kini sudah pun mula berniaga dan menjual kuih raya.
Ia adalah satu perkara yang bagus kerana dapat bersaing secara sihat dengan penjual lain demi menjadi yang terbaik.
Namun, lain pula yang dikongsikan wanita ini apabila video memaparkan inti kuih tart nenas yang dibelinya mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita berkongsi balang kuih tart nenas yang baru dibelinya dari sebuah kedai.
Namun, apa yang membuatkan dia terkejut adalah sebaik saja membuka balang itu, dia terdiam melihat keadaan kuih raya itu kosong tanpa jem nenas.
Malah, hanya beberapa saja yang mempunyai jem tersebut, manakala yang lainnya dibiarkan kosong.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terkejut melihat keadaan kuih raya tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 156.7K views, 6,076 likes dan 615 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok: