[VIDEO] “Berbuka On Time” – Cara Lelaki Ini Berbuka Puasa Menarik Perhatian Ramai

0
246
Cover image via
@nasibambong (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Antara perkara yang disukai ramai adalah apabila tiba waktu berbuka puasa dan umat Islam digalakkan untuk menyegerakan berbuka puasa.

Begitu juga dengan video yang tular baru-baru ini, berkenaan seorang lelaki yang sangat bersedia untuk berbuka puasa sebaik sahaja azan berkumandang.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasibambong di TikTok, kelihatan seorang lelaki meletakkan kuih nona manis di antara bibirnya.

Apa yang menghiburkan hati netizen adalah apabila lelaki itu terus memasukkan kuih tersebut ke dalam mulutnya lalu minum air sebaik sahaja dia mendengar azan.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 333.7K tontonan, 27.2K tanda suka dan 253 perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara lelaki itu berbuka puasa.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: