Bihun Kering Termasuk Dalam Kuku, Gadis Ini Tak Sangka Sakit Sampai Kena Pergi Hospital

0
265
Cover image via
@sweetsecrettt21 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila melakukan tugasan ini, penting juga untuk kita menitikberatkan keselamatan jika tidak mahu cedera. Hal ini kerana, kerja ini melibatkan pengunaan pisau dan api.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang gadis terpaksa ke hospital akibat kukunya termasuk bihun kering semasa mencuci pinggan di dapur telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@sweetsecrettt21 CERITA BULAN RAMADHAN kalau laju pause tau #fyp Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sweetsecrettt21, kelihatan dia sedang menunjukkan kukunya yang sakit akibat termasuk bihun kering semasa mencuci pinggan di dapur.

Walaupun sakit tetapi dia masih boleh meneruskan aktiviti hariannya seperti biasa. Namun, gadis itu mula risau apabila kukunya itu dilihat bernanah sehingga berdenyut kesakitan.

Dia pun terus mendapatkan rawatan di hospital untuk mengeluarkan bihun kering tersebut daripada kukunya.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan berkongsi situasi sama seperti gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 737.9K views, 46.3K likes dan 1.1K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: