[VIDEO] Kakak Sakit Perut Masa Tengah Kelas Online, Si Adik Pula Selamba Bagi Tahu Semua

0
219
Cover image via
@hnybummmmm (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun sudah dua tahun wabak Covid-19 melanda negara, namun kita masih belum menang melawannya. Disebabkan itu, masih ada sesetengah universiti yang memilih untuk terus melakukan kelas secara online.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila adik salah seorang pelajar memberitahu kakaknya sakit perut semasa sedang berlangsungnya kelas online telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video tersebut, kelihatan sedang berlangsungnya kelas secara online untuk para pelajar.

Namun, pensyarah itu kemudian memanggil nama Siti Sarah untuk bercakap dengannya, oleh kerana tidak ada sahutan, pensyarah itu tetap memanggil namanya.

Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah adik Siti Sarah itu muncul di dalam kelas tersebut dan memberitahu pensyarah tersebut yang kakaknya itu berada di dalam tandas kerana sakit perut.

Lihat video part 2 itu di bawah:

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa terhibur melihat aksi selamba gadis itu memberitahunya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 482.7K views, 59.9K likes dan 549 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: