“Raya Havoc 2022” – Rumah Terbuka Virtual Paling Gempak Tahun Ini. Rugi Kalau Tak Singgah!

0
320
Cover image via
Raya Havoc 2022

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setelah dua tahun kita beraya sendu gara-gara melawan penularan wabak Covid-19, akhirnya tahun ini kita dapat beraya puas-puas. Banyak sebenarnya moment indah hari raya yang kita terlepas contohnya seperti perjalanan balik ke kampung halaman.

Sebelum tiba hari raya, apa kata anda ‘raya’ dahulu bersama kami di Raya Havoc 2022? Sebabnya tak perlu tunggu raya pun untuk anda akses website ini yang menyajikan macam-macam tips sempena bulan Ramadan dan Syawal yang akan tiba nanti. Excited tak?

Raya Havoc 2022 ini kalau ada tak singgah memang rugi kerana setiap ruang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kira macam open house yang anda boleh pergi secara virtual.

Kita ada LBS Bina Bumbung Kekasih, Dapur Kawan, Bilik Lepak SEISMIK, Bilik Muzik Medklinn, Ruang Vocket, Ruang Santai OHBULAN! dan Lobi Raya Havoc. Di setiap ruang ini terkandung macam-macam info menarik untuk anda explore. Siap ada mini game kira ketupat lagi! Jadi jom kita lihat apa yang ada di setiap ruang.

Paling atas kita ada LBS Bina, di mana mereka mahu Raikan Rezeki bersama anda. Istimewa raya tahun ini, pelbagai ganjaran menarik akan diberikan kepada pembeli rumah LBS antaranya yuran guaman percuma, bayaran booking rendah dan pakej untuk anda beli perabot buat rumah baharu anda. Berminat? Klik di sini.

Kalau kita ke rumah saudara mara, paling best lepak di dapur sebab ada makanan. Jika ke Dapur Kawan, anda boleh dapat tip untuk hasilkan menu sahur semudah ABC! Bukan sahaja mudah disediakan malah ia juga dapat membuatkan anda bertenaga sehingga waktu berbuka.

Selamat datang ke tingkat paling gempak di Raya Havoc 2022. Masuk je Bilik Lepak Seismik ini, anda boleh dapatkan doa harian yang boleh diamalkan setiap hari, checklist barang hiasan apa yang akan meriahkan lagi rumah anda ketika raya serta 7 penjual di Shopee yang jual baju sedondon ketika raya. Barulah sakan raya tahun ini!

Bila terjadinya pandemik, baru kita ambil berat tentang kualiti udara yang bersih yang kita sedut setiap hari. Medklinn hadir dengan solusi untuk udara yang sentiasa bersih apabila mereka hasilkan steriliser yang portable pada harga yang mampu milik! Boleh bawa ke mana sahaja anda pergi. Best kan?

Di ruang Vocket, terdapat 3 resipi air yang pastinya dapat hilangkan dahaga dan kelesuan anda selepas seharian berpuasa. Memang kena cuba sebab simple sahaja cara buatnya!

Dan tak lupa idea untuk anda OOTD ketika raya nanti. Dan sebelum itu, best dressed untuk anda yang kongsi outfit raya anda dengan hashtag #VocketFits boleh menang hadiah duit raya daripada kami! Jangan lupa flex outfit raya anda nanti okay?

Tak sabar nak balik kampung? Jangan risau, OHBULAN! ada kongsi tip untuk raya yang lebih selamat sebelum balik ke kampung halaman. Lepas itu anda boleh juga main poll menarik untuk isi masa lapang. Memang ralit bila sudah mula buat poll ni.

Last but not least, Lobi Raya Havoc. Di sini anda boleh join main mini game kira ketupat! Cuba anda cari semua ketupat yang tersembunyi di setiap ruang. Memang powerlah kalau anda dapat jumpa semua ketupat bawah 30 saat. Ada berani tak?

Lepas anda dah melawat, jangan lupa share juga pada rakan-rakan tentang website ini tau. Jemput datang semua!

You may be interested in: