@paan_ang (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jadi, terkena sunburn bukanlah perkara yang asing lagi. Tambahan pula, mereka yang bekerja setiap hari di bawah panas matahari pasti risau kulit yang asalnya cerah itu bertukar gelap bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan seorang lelaki yang bertindak memakai tudung kerana tidak mahu terkena sunburn ini telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @paan_ang, kelihatan seorang individu bertudung yang lengkap menutup aurat sedang bekerja di ladang kelapa sawit.
Namun, apa yang melucukan adalah apabila sebenarnya individu yang disangkakan perempuan itu sebenarnya seorang lelaki sejati yang berbadan sado.
Lelaki tersebut memakai tudung kerana tidak mahu kulitnya gelap terkena sunburn semasa bekerja.
Susulan tularnya video itu yang kini mendapat sehingga 2M tontonan, 141.2K tanda suka dan 6.4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu memakai tudung semasa bekerja.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: