@muhdizwan1994 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah mana tidaknya, kalau masuk saja ke bazaar Ramadan pasti akan keliru untuk memilih makanan untuk berbuka kerana terlalu banyak.
Semua jenis juadah ada betul tak? Sebab itu ada yang sampai beli berplastik-plastik. Tetapi, adalah lebih elok jika kita tidak membazir untuk makanan.
Namun, lain pula dengan video yang tular ini apabila cara menjual seorang budak lelaki di bazaar Ramadan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang budak lelaki sedang berada di bazaar Ramadan untuk menemani dan membantunya ibunya menjual.
Tetapi, apa yang lebih mencuri perhatian adalah suaranya yang membuatkan ramai tertanya-tanya pada awalnya.
Suaranya kedengaran seperti mahu menangis semasa menjual ayam percik tersebut. Malah, ia turut mendapat perhatian netizen.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan jawapan mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 83.5K likes dan 3,370 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: