@adebonbon (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tidak kiralah penat dan mengantuk macam mana sekalipun, kita pasti akan menyesal jika terlepas sahur kerana akan berlapar sepanjang hari.
Selalunya, ibu bapalah yang akan mengejutkan anak-anak bangun sahur. Namun, lain pula cara seorang pak cik ini mengejut anaknya sahur telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @adebonbon, kelihatan ayahnya membawa sebuah speaker besar ke dalam biliknya dan memasang lagu rancak dengan kuat.
Tujuan si ayah adalah untuk mengejut anaknya supaya bangun sahur. Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila pak cik itu siap berjoget dan bercakap menggunakan mikrofon untuk memastikan si anak terjaga.
Perkara tersebut telah membuatkan anaknya tidak mampu untuk berkata apa-apa melihat perangai comel ayahnya.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 11.6M tontonan, 1.8M tanda suka serta 21.6K perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur dengan gelagat comel pak cik tersebut. Malah, ada yang berkata gelagatnya itulah yang akan dirindui jika dia sudah tiada nanti.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok: