@jasmiraa_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Barangan yang dipromosikan adalah kononnya sesuatu yang dapat memudahkan kehidupan harian kita. Rata-rata pengguna aplikasi itu pasti pernah terpengaruh dengan racun TikTok bukan?
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok apabila seorang wanita membeli air conditioner cleaner kerana pengaruh racun TikTok tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @jasmiraa_, kelihatan seorang wanita sedang menunjukkan botol air conditioner cleaner yang dibelinya kerana terpengaruh racun TikTok. Dia pun tanpa ragu telah mencuba air conditioner cleaner tersebut.
Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila dia membuka aircond, keretanya tiba-tiba keluar buih yang banyak menerusi lubang aircond itu.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat buih yang banyak keluar daripada aircond kereta wanita tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 722.3K views, 62.5K likes dan 1.2K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: