@syafizat21 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sebenarnya, pekerja restoran bukanlah sengaja lambat menyiapkan makanan. Kadangkala ia berlaku kerana mereka tidak cukup pekerja atau restoran tersebut terlalu sibuk.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan tiga orang rider foodpanda yang menyiapkan sendiri pesanan pelanggan akibat menunggu terlalu lama telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafizat21, kelihatan tiga orang rider foodpanda sedang berada di sebuah restoran.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sudah lebih sejam menunggu, tiga orang rider foodpanda itu terus masuk ke dapur dan membuat sendiri makanan yang dipesan pelanggan.
Salah seorangnya membungkus lauk di hadapan manakala lagi dua orang sedang sibuk membuat air di belakang.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat tiga orang rider itu. Malah, ada juga yang memuji kerajinan mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.2M views, 190.1K likes dan 1.9K comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: