@noorunsaadah (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Tambahan pula jika mengajar murid di sekolah rendah yang sukakan hiburan dan perlu tahu cara untuk mencuri tumpuan mereka, ia memerlukan masa.
Namun, tular baru-baru ini rakaman cara seorang ustazah mengambil kehadiran muridnya di dalam kelas telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dikongsi oleh @noorunsaadah, kelihatan ustazah itu sedang bertugas untuk mengambil kehadiran dan mengutip duit murid-muridnya.
Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila dia dilihat sangat cergas dan begitu semangat menyebut satu per satu nama anak muridnya yang agak panjang dan complicated.
Setiap kali dia menyebut nama murid dan ingin menandakan kehadiran mereka, dia akan menjerit dan menepuk tangan seolah-olah seronok melihat mereka datang ke kelas. Malah, dia siap menyuruh anak muridnya sama-sama menepuk tangan dengannya.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 794.1K tontonan, 50.4K tanda suka dan 2.8K perkongsian di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat cara ustazah tersebut mengambil kehadiran muridnya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: