@saalhaerid (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Iyalah, anda akan dapat melihat pelbagai jenis ikan dan tumbuhan di dasar laut. Memang cantik dan penuh dengan warna-warni.
Namun, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang gadis berenang sebelah ikan paus semasa scuba diving telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang gadis sedang menyertai aktiviti scuba diving di sebuah pulau di Indonesia.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila dia terkejut dan panik kerana ada ikan paus yang besar berenang disebelahnya secara tiba-tiba.
Seorang penyelia di situ dilihat menenangkan gadis itu tetapi kawannya pula buat dia makin gelabah. Rakannya berkata ikan itu tak gigit, cuma akan ditelan. Perkara itu membuatkan dia semakin panik.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.4M tontonan, 356K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat gadis itu dengan gurauan rakannya.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: