@syahirnordin_ (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kita sering lihat tiada laluan untuk mereka dan sering anggap mereka akan memandu atau menunggang motosikal di lebuh raya juga bukan?
Rupa-rupanya tidak, mereka memang mempunyai satu laluan di belakang R&R seperti yang ditunjukkan oleh seorang pemilik akaun TikTok telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang merakam sebuah content dan dimuat naik di aplikasi TikTok.
Apa yang menarik perhatian adalah dia menunjukkan jalan atau laluan yang sering digunakan oleh pekerja R&R untuk menghala ke tempat kerja mereka. Dia juga dilihat lalu di sebuah terowong
Rupa-rupanya, di belakang R&R mempunyai jalan kampung yang membolehkan anda sampai ke hentian terdekat.
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 937K tontonan, 135K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut mempelajari perkara baru.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


