Anak Istimewa Menari Semasa Selawat, Reaksi Dua Lelaki Tahan Gelak Ini Pula Raih Perhatian

0
260
Cover image via
@nescafe_ais_ikat_tepi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini kerana, anak-anak istimewa termasuk dalam golongan OKU di mana mereka tidak dapat menjalankan kehidupan dan berfikir seperti manusia normal. Jadi, telatah mereka ini sering kali mencuit hati ramai.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan reaksi dua orang lelaki yang menahan gelak melihat seorang anak istimewa menari telah membuatkan netizen terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @nescafe_ais_ikat_tepi, kelihatan sekumpulan lelaki sedang mengalunkan selawat di sebuah majlis keagamaan.

Terdapat seorang anak istimewa yang turut ada di situ. Tanpa mengetahui apa-apa, dia menari apabila mendengar alunan selawat tersebut.

Namun, apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dua orang lelaki yang sedang bermain kompang di situ bersungguh-sungguh cuba menahan ketawa. Mereka berdua dilihat hampir hilang fokus dengan telatah anak istimewa itu.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 991.2K tontonan, 95.4K tanda suka dan 1.8K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi dua orang lelaki itu menahan ketawa.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: