“Otak Sempoa” – Laju Hitung Harga, Cara Mak Cik Ini Kira Tanpa Kalkulator Buat Ramai Kagum

0
212
Cover image via
@nasuhahahax (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kadangkala mereka memerlukan kalkulator untuk mengira kesemua harga makanan kerana jumlah yang banyak. Namun, ada juga yang dilahirkan memang power bab mengira.

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang makcik mengira harga makanan pelanggannya tanpa kalulator telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nasuhahahax

Makcik roti canai legend ! Boleh masuk world book of record : The fastest human calculatorrr gituuu.

original sound – nasuhahaha – nasuhahaha

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang bersarapan di sebuah gerai roti canai tepi jalan.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila seorang mak cik mengira harga makanan pelanggannya dengan laju. Lebih mengejutkan lagi, dia juga mengira tanpa menggunakan kalkulator. Perkara itu membuatkan ramai teruja dan kagum melihat kepakarannya.

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 211K tontonan, 17K tanda suka dan 200 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mak cik itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

More stories to read: