Merajuk Dengan Bapa Mentua Sebab Jambu, Netizen Nobatkan Lelaki Ini Menantu Paling Berani

0
234
Cover image via
@nazilaadamchua3111 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Hal ini kerana, bapa mentua digambarkan sebagai seseorang yang garang dan ditakuti. Menantu akan sentiasa menjaga tutur kata dan juga tingkah laku semasa berdepan dengan bapa mentua.

Namun, lain pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan seorang lelaki yang merajuk dengan bapa mentuanya telah mendapat perhatian warganet.

Lihat video penuh itu di bawah:

@nazilaadamchua3111

Anak Menantu merajuk dengan bapak mertua dia punya la tunggu2 jambu air tu masak kat tepi bengkel, abah petik g bagi customer adam merajuk panjang muncung

original sound – NazilaAdamChua

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nazilaadamchua3111, kelihatan seorang lelaki sedang membebel kepada bapa mentuanya.

Rupa-rupanya lelaki tersebut terasa dengan tindakan bapa mentuanya kerana tidak memberikan buah jambu kepadanya tetapi boleh pula beri kepada orang lain.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila rajuk lelaki itu semakin berpanjangan apabila dipujuk oleh bapa mentuanya. “Ah tak nak…abah makan sendiri”, rajuk lelaki itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki merajuk dengan bapa mentua ini.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 908.6K views, 69.8K likes dan 1.8K comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

via GIPHY

You may be interested in: