Marshall Motor Terlajak Lalu Jalan Lain, Reaksi Geng Lumba Basikal Undang Perhatian Ramai

0
267
Cover image via
@muaz_jerrr (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Marshall berfungsi sebagai penunjuk arah dan mengiring pelumba-pelumba basikal supaya mereka melalui jalan yang betul.

Namun, baru-baru ini tular sebuah klip berdurasi 31 saat memaparkan para pelumba basikal melalui jalan yang salah gara-gara marshall telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Menerusi perkongsian video daripada @muaz_jerrr, kelihatan para pelumba basikal itu sedang berlumba di sebuah jalan raya sambil diiringi pihak marshall yang bertugas.

Apa yang menarik perhatian adalah apabila pihak marshall yang mendahului di depan telah melalui jalan yang salah dan hanya disedari beberapa saat kemudian.

Malah, para pelumba yang turut mengikuti marshall itu dilihat bergegas untuk patah balik ke jalan yang betul setelah menyedari kesilapan yang berlaku. Ada juga yang dilihat terjatuh ketika sedang membuat pusingan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.3M views, 110.2K likes dan 643 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

More stories to read: