Raih Lebih 3 Juta Tontonan Di TikTok, Video Budak Meraung Tak Nak Adik Ini Dapat Perhatian

0
205
Cover image via
@naomineo (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mereka sudah terbiasa dengan perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi oleh ibu bapa. Jadi, apabila mengetahui perkara ini akan dikongsi nanti membuatkan mereka berasa sedih.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok berkenaan reaksi seorang budak lelaki yang meraung kesedihan apabila ibunya memberitahu dia akan mendapat adik telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menerusi video yang dikongsi oleh @naomineo, kelihatan seorang wanita dengan teruja memberitahu anaknya bahawa dia akan mendapat baby baru.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila reaksi anaknya jelas tidak gembira dengan berita yang disampaikan. Anaknya itu mula meraung kesedihan selepas mendengar dia bakal mendapat adik.

“I don’t want you to love someone else, I don’t want to share mama”, raung anaknya itu. Walaupun sudah beberapa kali dipujuk tetapi anaknya itu masih bersedih.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 3.4M tontonan, 622.3K tanda suka serta 8.5K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memberi reaksi masing-masing apabila melihat gelagat budak itu yang meraung kesedihan tidak mahu adik.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

via GIPHY

More stories to read: