Cover image via
Haliza Zainol (Facebook)
& Marlia Lia (Facebook)
Haliza Zainol (Facebook)
& Marlia Lia (Facebook)
Selalu ngeteh petang-petang? Makan roti dengan kaya? Dah bosan? Apa kata kita buat inti kacang merah yang simple dan sedap ni. Boleh makan dengan roti untuk ngeteh petang-petang. Bukan tu je, boleh buat sarapan sekali! Jom…
400g kacang merah (dibasuh bersih dan direndam semalaman)Air secukupnya untuk merebus2 sudu besar marjerin atau butter Minyak jagung4 sudu besar lemak sayur1 keping gula nisaGula pasir secukup rasaGaram secukup rasa 2 helai daun pandan (disimpul)
1. Rendam kacang semalaman.
2. Basuh dan bilas kacang yang telah direndam.
3. Rebus kacang merah bersama daun pandan sehingga kacang merah empuk.
4. Sejukkan pada suhu bilik seketika.
5. Kisar kacang merah dalam blender.
6. Dalam satu kuali, masak kacang bersama gula, marjerin, lemak sayuran dan garam menggunakan api sederhana. Kacau dengan kerap sehingga kuah menjadi likat.