@pofarizul30 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Laju saja langkah mereka berlari masuk ke dalam kedai sehingga ibu dan ayah penat mengejar si kecil, lebih-lebih lagi mereka yang baru mendapat ‘kaki’.
Namun, tular baru-baru ini gelagat seorang lelaki bertindak menutup mata dan membawa lari anaknya dari kedai mainan telah membuatkan ramai terhibur.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @pofarizul30, kelihatan dia sedang berjalan-jalan dengan anak perempuannya di sebuah shopping mall.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila mereka tiba di sebuah kedai mainan, si ayah spontan terfikir cara untuk mengelakkan anaknya ternampak kedai tersebut.
Dia dengan pantas mendukung anaknya sambil menutup mata dan berlari di depan kedai itu. Kemudian, dia menurunkan kembali si kecil yang dilihat seronok seolah-olah ingat ayahnya sengaja membawanya berlari.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.7M views, 284.1K likes dan 13.6K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan memuji idea lelaki itu dan ada yang ingin mencubanya kepada anak buah mereka.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: