HomeEntertainmentNak Saring Jangkitan Covid-19 Guna Ujian 'Swab' Batalkan Puasa? Ini Penjelasan Dr....

Nak Saring Jangkitan Covid-19 Guna Ujian ‘Swab’ Batalkan Puasa? Ini Penjelasan Dr. Maza

Cover image via
Berita Harian
& NewsWeek

Pelbagai aktiviti yang biasa dilakukan pada bulan Ramadan terpaksa dibatalkan. Antaranya termasuklah berkunjung ke bazar Ramadan dan solat tarawih di masjid.

Walau bagaimanapun, sekatan aktiviti yang dibuat kerajaan persekutuan pada bulan Ramadan ini juga tidak menjaminkan tiada lagi kes positif membabitkan wabak tersebut.

Untuk memastikan seseorang itu benar-benar terkena jangkitan wabak Covid-19, ujian swab akan dilakukan ke atas individu terlibat iaitu satu kaedah memasukkan peralatan khusus ke dalam rongga hidung dan belakang anak tekak pada kadar dalaman tertentu untuk mendapatkan sampel.

Baru-baru ini, Jawatankuasa Fatwa Perlis memutuskan ujian swab yang dilakukan bagi menyaring individu terbabit kes Covid-19 tidak membatalkan puasa bagi orang Islam yang sedang berpuasa kerana tidak membawa gambaran sebagai makan dan minum.

Muftinya, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga dikenali sebagai Dr. MAZA berkata, melihat kepada garis panduan bagi pengurusan Covid-19, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sudah menetapkan kaedah berkenaan dalam melakukan saringan wabak tersebut.

Katanya, “Ujian swab tidak membawa gambaran dan makna makan atau minum yang menjadi sebab membatalkan puasa atau ijmak ulama. Maka sesuatu puasa yang sah secara yakin boleh dianggap batal dengan sesuatu yang syak atau sekadar sesuatu andaian.”

“Pandangan yang ditarjihkan iaitu ujian swab tidak membatalkan puasa bertepatan dengan pandangan sebahagian ulama Hanafi yang mensyaratkan sesuatu yang masuk ke dalam rongga dalam (al-Jauf) mestilah sesuatu yang kekal di dalamnya dan tidak bersambung dengan sesuatu lain di luar badan,” jelasnya.

“Jika demikian maka lebih sepatutnya ujian swab yang hanya membabitkan proses memasukkan alat swab ke dalam rongga hidung dan mulut untuk mendapatkan sampel yang diperlukan kemudian dikeluarkan semula juga tidak membatalkan puasa,” ujar beliau.

You may be interested in:

Must Read

Related News