@abeyjoe0 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Lebih-lebih lagi jika kita terpaksa berpisah dengan orang yang tersayang betul tak? Perasaan sedih itu memang sangat membuak-buak. Malah, pelbagai cara yang cuba dilakukan untuk mengawal perasaan itu.
Sama seperti video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki Cina menyanyikan lagu jiwang kerana sedang bersedih telah menarik perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki Cina sedang berada di dalam kereta sambil dirakam oleh rakannya.
Kelihatan dia sedang menyanyi lagu popular dari Indonesia iaiatu Cinta Sampai Mati nyanyian Raffa Affar. Lagu itu sangat terkenal lebih-lebih lagi di TikTok kerana ramai yang menggunakan lagunya jika disaat kesedihan.
Malah, dia dengan selamba menyanyikan lagu itu dengan tingkap terbuka sambil diperhatikan seseorang dari kereta.
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan reaksi mereka selepas melihat video itu.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.1M views, 101.4K likes dan 2,336 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: