@_scorpiogurlz (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Ramai yang suka membuat kejutan hari jadi untuk menunjukkan penghargaan kepada insan tercinta. Reaksi masing-masing pula mesti ada yang malu, gembira dan juga terharu.
Berbeza pula dengan video yang tular baru-baru ini berkenaan sekumpulan adik-beradik membuat kejutan hari jadi kepada ayah mereka namun reaksi terkejutnya pula mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video yang dimuat naik oleh @_scorpiogurlz, kelihatan sekumpulan adik-beradik membawa sebuah kek yang dipenuhi lilin untuk membuat kejutan kepada ayah mereka.
Mereka mula mengetuk pintu dan apabila si ayah keluar, lagu hari jadi pun dinyanyikan beramai-ramai. Namun, apa yang melucukan adalah apabila reaksi si ayah benar-benar terkejut sehingga hampir terkena serangan jantung.
Disebabkan itu, anak-anaknya dilihat sangat panik dan cuba menenangkan kembali ayah mereka. Menurut salah seorang anaknya, tiada apa yang serius berlaku kepada pakcik tersebut dan dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja.
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mendapat 23.2M views, 2.5M likes dan 21.2K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur apabila melihat reaksi pak cik yang benar-benar terkejut itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: