@abejohn69 (TikTok)
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kebiasaannya, orang ramai menyewa court badminton untuk bermain bersama rakan-rakan dan keluarga.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sekumpulan pemuda bermain badminton tetapi lain pula jadinya semasa membuat pukulan telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Menerusi video berkenaan, kelihatan sekumpulan pemuda sedang bermain badminton di court sambil aksi dan gelagat mereka dirakam.
Apa yang lebih mencuri tumpuan adalah apabila salah seorang lelaki membuat pukulan yang hebat. Namun, raketnya itu bertukar menjadi bentuk sudip membuatkannya melopong dan terkedu.
Lihat video sambungan itu di bawah:
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 812K tontonan, 81K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: