Menerusi video yang dimuat naik oleh @miss_donyaa, kelihatan dia sedang menunjukkan cara memasak apabila gas habis dengan menggunakan beberapa barangan yang ada di rumah.
Apa yang anda perlukan adalah loyang, kain dan minyak masak terpakai. Pertama sekali, gumpalkan kain sehingga menjadi bentuk bulat dan masukkanya ke dalam loyang. Kemudian, isi loyang tersebut dengan minyak masak terpakai. Hidupkan api dan siap!
Pada akhir video itu, kelihatan wanita itu sedang memasak steamboat bersama keluarganya dengan menggunakan teknik tersebut. Dia juga berpesan supaya sentiasa mengutamakan keselamatan kerana teknik ini melibatkan penggunaan api.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai penggunaan teknik ini anda boleh klik di sini.